Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Salah satu perkara menarik yang dapat saya kongsikan bersama semasa menjalankan Program Khidmat Komuniti dan Anak Angkat di Felda Trolak Selatan adalah saya dapati bahawa golongan muda atau kanak-kanak di kawasan tersebut sangat mudah menerima sesuatu perkara yang baharu. Sebagai contoh, tidak sampai satu hari kami menjejakkan kaki di sana tetapi penerimaan kanak-kanak di sana terhadap kehadiran dan perkongsian ilmu kami amat menggalakkan dan diluar jangkaan bagi pihak kami.
Hal ini demikian kerana, kami melihat daripada beberapa sudut penerimaan daripada mereka semasa kami menjalankan beberapa aktiviti seperti pertandingan mewarna bersama Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK), acara sukaneka, program motivasi dan jelajah kampung. Kanak-kanak di kawasan tersebut amat cepat menerima pembaharuan dan bersifat terbuka dengan kami yang cuba menyampaikan apa ilmu yang kami ada.
Daripada pemerhatian, perlakuan dan sifat penerimaan itu telah dibentuk oleh sikap ibu bapa mereka yang mana kami melihat bahawa masyarakat di sana terlalu mesra dan mengalu-alukan kedatangan para pelajar yang ingin berbakti di kawasan mereka ditambah lagi dengan maklumat yang kami terima daripada penduduk kampung yang mana menyatakan bahawa kawasan mereka sudah seringkali menerima kunjungan daripada banyak pihak bagi menjalan aktiviti khidmat komuniti seperti yang kami jalankan.



No comments:
Post a Comment