Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Perkongsian hari ini berkaitan dengan kanak-kanak. Apa yang ingin saya rungkaikan adalah berkaitan satu kejadian yang pada saya agak mengejutkan dan membuatkan saya terkesima apabila perkara itu terjadi. Bayangkan seorang kanak-kanak yang anggaran umurnya lebih kurang 7 hingga 9 tahun mengeluarkan perkataan kesat terhadap rakannya. Pasti kita akan terfikir sesuatu tentang kejadian ini.
Hal ini terjadi ketika saya sedang membeli sedikit barangan dapur di kedai berhampiran dengan rumah saya, ketika itu ada sekumpulan kanak-kanak sedang membeli sedikit makanan ringan. Semasa melalui bersebelahan dengan mereka, timbul sedikit pertengkaran antara mereka kerana ada di antara rakan mereka tidak mahu berkongsi duit untuk membeli makanan ringan yang diperlukan. Antara percakapan yang terkeluar daripada mulut mereka.:
"Bak lah duit kau, makan sama-sama nanti"
"Kedekutlah budak ni, mak kau ajar eh?"
"Bodohlah, macam bab*"
Tuntasnya, perkara ini sebenarnya tidak mungkin berlaku andai didikan yang betul diberikan kepada mereka. Bayangkan seandainya perkataan ini terkeluar daripada mulut mereka ketika mereka bercakap dengan orang yang lebih dewasa? Kita juga tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak kerana kita tidak maklum sama ada budaya itu ditiru daripada rumah atau daripada rakan-rakan mereka. Sebagai orang yang lebih dewasa, kita seharusnya cuba menitik beratkan nilai-nilai murni dalam diri kanak-kanak dan mengajar mereka bersopan santun apabila berkata-kata tidak kira dengan siapapun. Perhatikan adik-adik dan anak-anak anda kerana merekalah yang bakal menjadi pelapis di masa mendatang.
Wajah generasi mendatang


No comments:
Post a Comment