Hari ini perkongsian untuk semua lebih bersifat umum. Kita selalu dengar orang kata, banyak cakap banyak silap, maka lebih baik kita banyak diam. Sebenarnya tidak salah untuk berkata-kata, tetapi biarlah yang bermanfaat dan bukan menyakiti atau menyinggung perasaan orang lain. Sudahlah menyinggung perasaan, ditambah lagi hilaian ketawa. Rasa tebal juga muka, maklumlah 'awak' perempuan maka tolong jaga sikit tingkah perlakuan.
Seeloknya, gunalah bahasa yang sesuai semasa bercakap dengan rakan. Banyak kaedah boleh digunakan, kalau agak-agak banyak benda perlu dibincangkan carilah satu tempat yang lebih selesa bukan di tengah-tengah kesesakan manusia. Walau bagaimanapun, semua ini hanya teguran membina bagi memperbaiki diri tidak kira siapa termasuk diri ini juga.
"Biar pendiam tapi berisi, daripada bising menyusahkan orang ;
Biar banyak ingatkan mati, daripada hidup bagaikan arang..."

No comments:
Post a Comment